Tag: ansara kb lwn andersonian

Larian Selepas Jaringan Ansara KB

4 Pasukan Teratas AdiLiga Alumni 2019 Bersemuka Dalam Minggu ke-6

Minggu ke-6 AdiLiga Alumni menyaksikan perlawanan di antara empat pasukan teratas. Ansara KB menerima lawatan Andersonian. STAROBA pula bertandang ke Ansara Kuantan. Dalam satu lagi perlawanan, IKMAL menjadi tuan rumah kepada VIOBA.

Kedudukan pasukan di dalam carta sebelum perlawanan:

  1. Ansara Kuantan (12 mata)
  2. Andersonian (12 mata)
  3. STAROBA (10 mata)
  4. Ansara KB (10 mata)

Kedudukan semasa AdiLiga Alumni 2019 pagi ini:

  1. Ansara Kuantan (13 mata)
  2. Ansara KB (13 mata)
  3. Andersonian (12 mata)
  4. STAROBA (11 mata)

Ansara KB lawan Andersonian

Perlawanan yang menemukan dua pasukan yang menduduki empat tangga teratas AdiLiga musim ini. Ansara KB di tempat ke-4, Anderonian di tempat ke-2.

Larian sebelum jaringan Ansara KBAndersonian memulakan perlawanan dengan baik dan memberi tekanan kepada Ansara KB dalam 15 minit pertama perlawanan. Ansara KB kemudian mula mendapat rentak dan memberikan saingan yang lebih baik kepada Andersonian. Kedua dua pasukan berjaya mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun tiada jaringan berjaya dilakukan sehinggalah wisel separuh masa pertama ditiup pengadil.

Ansara KB berjaya memperolehi gol kemenangan pada minit ke-52. Pemain tengah Mohamad Shahrul Hisham Khasim menerima lorongan bola dari tengah padang. Beliau kemudian membawa bola masuk ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan sepakan padu yang gagal dihalang oleh penjaga gol Andersonian.

Pemain Andersonian cuba bangkit selepas jaringan tersebut. Mereka berjaya melakukan beberapa percubaan namun tidak berjaya untuk menghasilkan sebarang gol sehinggalah tiupan wisel penamat.

Saksikan rakaman perlawanan ini di Saluran YouTube AdiLiga Alumni.

Berikut adalah rangkuman aksi aksi terpilih dari perlawanan tersebut.

Ansara KB lwn Andersonian Recap Image

Ansara Kuantan lawan STAROBA

Ansara Kuantan turun ke padang sebagai satu satunya pasukan yang telah memenangi setiap perlawanan sehingga kini. STAROBA pula turun sebagai salah satu dari tiga pencabar utama tempat pertama AdiLiga Alumni 2019.

Ansara Kuantan terlebih dahulu mendapatkan jaringan. Pengadil telah memberikan sepakan penalti kepada Ansara Kuantan apabile penyerang mereka dijatuhkan di dalam kotak penalti pada minit ke-5 perlawanan. Sepakan penalti itu disempurnakan oleh Ahmad Zakwan Shahrul Adzwan.

Kedua dua pasukan terus berbalas serangan dan menghasilkan cubaan cubaan menarik ke arah pintu gol lawan.

STAROBA menyamakan kedudukan dalam masa tambahan separuh masa pertama. Pemain sayap kiri STAROBA berjaya membawa bola ke hujung padang di dalam kotak penalti Ansara Kuantan sebelum menolak ke belakang kepada rakan yang sedang menunggu. Penyerang STAROBA, Muhammad Raziq bin Khairuddin, tidak teragak agak untuk menolak masuk hantaran tersebut melepasi jangkauan penjaga gol Ansara Kuantan.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan keadaan 1-1 dan kedudukan ini kekal sehingga tamat perlawanan.

Berikut adalah rangkuman aksi aksi terpilih dari perlawanan tersebut.

Ansara Kuantan lwn STAROBA Recap Image

STAROBA berjaya menghalang Ansara Kuantan mengekalkan rekod 100% mereka dalam AdiLiga Alumni musim ini. Namun, Ansara Kuantan masih kekal di tangga pertama AdiLiga setelah mengutip 13 mata. Berkongsi mata dengan Ansara KB dan mendahului dengan beza jaringan yang lebih baik.

IKMAL lawan VIOBA

VIOBA memberi kunjungan ke IKMAL dalam perlawanan yang menyaksikan VIOBA terus memberikan persaingan kepada 4 pasukan teratas AdiLiga.

Perlawanan ini berkesudahan dengan kekalahan kepada IKMAL. Keputusan akhir IKMAL 1 – 2 VIOBA.

Kemenangan ke atas IKMAL ini membolehkan VIOBA mengekori rapat pasukan di tempat ke-4 dengan mengutip 9 mata. Hanya 2 mata membezakan VIOBA dengan STAROBA di tempat ke-4

Dapatkan maklumat lanjut perlawanan ini di halaman ini.