AdiLiga Alumni 9 Pasukan Sepak Mula 2019

9 Pasukan Berentap Kejohanan Sulong AdiLiga Alumni

Liga Alumni melangkah setakuk ke hadapan tahun ini (2019) dengan melancarkan AdiLiga Alumni. AdiLiga Alumni adalah liga baharu dalam Liga Alumni yang disenaraikan di dalam Liga M4 Malaysia. Musim pertama AdiLiga Alumni memperlihatkan persaingan antara 9 pasukan dari Liga Alumni.

AdiLiga Alumni sulong ini merupakan fasa kedua dan kemuncak bagi Bolasepak Liga Alumni 2019.

Dalam fasa pertama, lebih 45 kelab bolasepak Liga Alumni bermain di dalam perlawanan liga dan piala kalah mati bagi menentukan ranking yang mana VIOBA muncul sebagai kelab terbaik.

9 pasukan yang bermain di dalam Adiliga Alumni 2019 merupakan antara terbaik dari segi ranking dan prestasi.

9 Pasukan yang memenuhi carta AdiLiga Alumni 2019 adalah:

  • Andersonian – Pasukan bolasepak alumni SMK Anderson.
  • Ansara Kota Bharu – Pasukan bolasepak alumni MRSM Kota Bharu.
  • Ansara Kuantan – Pasukan bolasepak alumni MRSM Kuantan.
  • IKMAL – Pasukan bolasepak alumni SMAP Labu.
  • Ideal Heights – Pasukan bolasepak alumni SMK Ideal Heights.
  • KISAS – Pasukan bolasepak alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah.
  • SJAA – Pasukan bolasepak alumni St. John’s Institution.
  • STAROBA – Pasukan bolasepak alumni Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
  • VIOBA – Pasukan bolasepak alumni Victoria Institution.

Setiap perlawanan AdiLiga Alumni musim pertama ini akan dimainkan di padang Rhino KV Arena, Shah Alam. Sepak mula dijadualkan pukul 6:30PM setiap Sabtu dan Ahad bermula 7hb September 2019. Dua perlawanan akan dilangsungkan setiap hari (Sabtu & Ahad).

Minggu pertama ini, 4 perlawanan telah dijadualkan dan akan mempertemukan:

Dua perlawanan diberikan liputan secara langsung setiap minggu. Liputan Langsung (ditaja oleh GreenFinder Sdn Bhd) boleh diikuti di halaman yang disediakan.

Sekiranya anda adalah bekas pelajar salah satu dari 9 sekolah ini, berikan sokongan anda. Dapatkan Tiket Perlawanan AdiLiga Alumni segera.