AdiLiga KUAALK IDHAND Results

10 Gol Di Hari Pertama AdiLiga Alumni Dan Jaringan Terpantas Musim Ini

Sepak mula hari pertama Kejohanan Sulong AdiLiga Alumni menyaksikan 10 gol dihasilkan dalam dua perlawanan pertama semalam. Musim pertama AdiLiga Alumni bermula dengan 2 perlawanan – Ansara Kuantan lwn KISAS dan Ideal Heights lwn Andersonian. Perlawanan dilangsungkan di padang Rhino KV Arena, Shah Alam.

Berikut adalah kupasan ringkas kedua dua perlawanan semalam.

Ansara Kuantan lwn KISAS

Ansara Kuantan Lwn KISAS 2019

Ansara Kuantan (Kuatagh) memulakan persaingan AdiLiga dengan cemerlang apabila berjaya menjaringkan enam (6) gol untuk mengatasi KISAS dengan keputusan 6 – 0.

Kuatagh menunjukkan ketajaman mereka di depan gol dalam separuh masa kedua. Lima (5) gol mereka itu telah dijaringkan dalam separuh masa kedua.

Pemain berjersi No. 19 pasukan KISAS, Hanif,  menjadi pemain pertama menjaringkan gol sendiri dalam kejohanan.

Senarai penjaring gol Kuatagh adalah:

  • Zakwan (No. 10)
  • Alif Haikal (No. 11)
  • Amin Syazwan (No. 26) – 2 gol
  • Hanif (No. 19) – gol sendiri
  • Amin Sulaiman (No. 9)

Perlawanan juga menyaksikan 4 kad kuning dilayangkan kepada:

  • Azzarul Afzan (No. 21) – Kuatagh
  • Amin Sulaiman (No. 9) – Kuatagh
  • Danish Aiman (No. 6) – Kuatagh
  • Abdul Aziz (No. 4) – KISAS

Ideal Heights lwn Andersonian

Ideal Heights LWN Andersonian 2019

Perlawanan antara Ideal Heights dan Andersonian mencatatkan sejarah buat kejohanan sulong AdiLiga Alumni ini. Pemain Ideal Heights, Khairul Naim (No. 6) mencipta sejarah sebagai penjaring terpantas kejohanan apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama Ideal Heights selepas hanya 16 saat perlawanan dimulakan.

Jaringan itu terhasil apabila bek kiri Andersonian tergelincir ketika menerima hantaran ke belakang dari rakan sepasukan. Khairul Naim yang sedang membuat tekanan, berjaya menterjemahkan peluang tersebut sebaiknya dengan menghasilkan gol terpantas AdiLiga Alumni setakat ini.

Selepas kesilapan awal tersebut, pasukan Andersonian telah bangkit dan mengawal perlawanan dengan lebih baik. Andersonian seterusnya menjaringkan 3 gol untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertama mereka. Kesemua gol terhasil dalam separuh masa pertama.

Senarai penjaring gol untuk Ideal Heights:

  • Khairul Naim (No. 6)

Senarai penjaring gol untuk Andersonian:

  • Syauqi Danial (No. 4)
  • Syakir Aiman (No. 16)
  • Hafizuddin (No. 10)

Hanya satu (1) kad kuning dikeluarkan oleh pengadil perlawanan, iaitu kepada:

  • Haikal (No. 5) – Andersonian

Perlawanan Ideal Heights dengan Andersonian ini mendapat liputan langsung yang ditaja oleh GreenFinder Sdn Bhd. Anda boleh saksikan rakaman perlawanan di halaman perlawanan tersebut di SINI.