Tag: kisas

AdiLiga Alumni 2019 M3D2

Ansara Kuantan Masih Belum DiBolosi Dan 3 Mata Berharga Buat KISAS

AdiLiga Alumni 2019 diteruskan dengan perlawanan yang menghasilkan banyak gol. Dua perlawanan telah berlangsung semalam dan kedua-duanya telah menghasilkan 11 gol. Semalam, Ansara Kuantan menerima lawatan Ideal Heights manakala IKMAL pula menjadi hos kepada KISAS.

Berikut adalah ulasan ringkas kedua dua perlawanan tersebut.

IKMAL lwn KISAS

Perlawanan antara IKMAL dan KISAS mempertemukan dua pasukan yang masih memburu mata pertama dalam AdiLiga Alumni 2019.

KISAS bermula dengan baik dan telah berjaya mendahului dengan jaringan pada minit ke-5 apabila penyerang mereka Farid Lokman berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan IKMAL untuk melorongkan bola ke penjuru kiri gol IKMAL.

IKMAL kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-12. Sepakan percuma dari sebelah kanan gol, yang diambil oleh Muhd Adib Rhaais, gagal di tangkap dengan kemas oleh penjaga gol KISAS dan bola terbias ke dalam gol.

KISAS sekali lagi berada di hadapan pada minit ke-28. Farid Lokman melonjak tinggi untuk menanduk bola, hasil sepakan sudut, menewaskan penjaga gol IKMAL.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan kedudukan IKMAL 1 – 2 KISAS.

Pada minit ke-55, penyerang IKMAL, Shukri Daud, bertindak cemerlang apabila beliau lebih pantas untuk menguis bola dari jangkauan penjaga gol KISAS untuk menjaringkan gol ke dua IKMAL.

Namun, KISAS akhirnya berjaya pulang dengan tiga mata penuh bila Iddin Bakri menjaring gol ke-3 KISAS pada minit ke-60.

Gol gol IKMAL dijaringkan oleh:

Gol gol KISAS dijaringkan oleh:

Pengadil melayangkan kad kuning kepada:

  • Nizammuddin Ibrahim Kamal (IKMAL)
  • Abdullah Khairi (IKMAL)
  • Firdaus Mahmood (KISAS)
  • Rais Rahim (KISAS)

Apa kata pengurusan IKMAL?

MALALK Temubual Pengurusan IKMAL 2019 M3

Apa kata pengurusan KISAS?

MALALK Temubual Pengurusan KISAS 2019 M3

Anda peminat IKMAL atau KISAS? Saksikan rakaman perlawanan IKMAL lwn KISAS ini di SINI.

Ansara Kuantan lwn Ideal Heights

Ansara Kuantan meneruskan kecemerlangan mereka dengan keputusan yang sama seperti perlawanan pertama mereka. Ideal Heights tidak berjaya memberikan tentangan kepada Ansara Kuantan yang telah menggegarkan jaring gol Ideal Heights sebanyak 6 kali.

Pemain tengah Ansara Kuantan, Wafi Badrul Zaman, menjaringkan gol pertama pada minit ke-8. Dua minit kemudian, Alif Haikal berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid di tengah padang untuk meletakkan Ansara Kuantan dua gol di hadapan.

Ahmad Zakwan menjaringkan gol pada minit ke 25 untuk Ansara Kuantan masuk ke bilik persalinan pada separuh masa dengan kedudukan 3 – 0.

Ansara Kuantan hanya memerlukan 5 minit dalam separuh masa kedua untuk menambah jaringan. Muhammad Amin, melepaskan sepakan padu ke gawang dari penjuru kiri kotak penalti Ideal Heights untuk gol ke-empat Ansara Kuantan.

Mohd Helmi, menambah derita Ideal Heights dengan jaringan dari luar kotak penalti dalam minit ke-54.

Dua minit kemudian, Yusri Nizal memuktamadkan penguasaan Ansara Kuantan dengan gol ke-6 pasukannya pada minit ke-56.

Ansara Kuantan kini satu satunya pasukan dalam AdiLiga Alumni yang masih mengekalkan rekod tanpa bolos.

Senarai penjaring gol Ansara Kuantan:

Apa kata pengurusan Ansara Kuantan?

KUAIDH Temubual Pengurusan Ansara Kuantan 2019 M3

Apa kata pengurusan Ideal Heights?

KUAIDH Temubual Pengurusan Ideal Heights 2019 M3

Tonton rakaman liputan langsung perlawanan Ansara Kuantan lwn Ideal Heights di SINI.

AdiLiga Alumni 2019 M2D1 ALKVIK KISAS Lwn VIOBA

Pesta Gol Di Hari Pertama Minggu Ke Dua AdiLiga Alumni 2019

AdiLiga Alumni 2019 memulakan minggu ke dua dengan pesta gol. 17 gol berjaya dijaringkan dalam 2 perlawanan semalam. Dua perlawanan telah dilangsungkan – Ideal Heights lwn STAROBA dan KISAS lwn VIOBA.

Ideal Heights lwn STAROBA

Setelah gagal mengutip sebarang mata minggu lepas, Ideal Heights memulakan perlawanan dengan tekad untuk membawa pulang sekurang kurangnya satu mata. Mereka hanya berjaya mengikat STAROBA (2 -2) sehingga hujung separauh masa pertama sahaja.

STAROBA bertindak garang dalam separuh masa kedua. 4 gol tambahan dijaringkan untuk mereka membawa pulang 3 mata.

Gol Ideal Heights dijaringkan oleh:

  • Amirul Adli
  • Fadhly Fitri

Gol STAROBA dijaringkan oleh:

  • Nazrin Nawawi
  • Firdaus Azman 2x
  • Razif Hafizi 2x
  • Emir Hissham

Kemenangan kedua STAROBA ini, meletakkan mereka di tangga teratas liga dengan 6 mata.

Apa kata pengurusan Ideal Heights?

IDHSTR Temubual Pengurusan Ideal Heights 2019 M2

Apa kata pengurusan STAROBA?

IDHSTR Temubual Pengurusan STAROBA 2019 M2

KISAS Lwn VIOBA

Setelah dibolosi sebanyak 6 kali minggu lepas, minggu ini KISAS melepaskan 5 gol lagi. Namun, dari sudut positif, mereka juga berjaya menjaringkan 4 gol kali ini. Perlawanan KISAS lwn VIOBA ini cukup sengit. Kedua dua pasukan berbalas serangan dan menghasilkan sejumlah 9 gol.

KISAS bermula cemerlang dengan 2 jaringan di minit ke 17 dan 21.

VIOBA dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke 27. Penjaga gawang KISAS melakukan kesilapan apabila melorongkan bola terus kepada pemain VIOBA di luar kotak penalti KISAS.  Seterusnya, penyerang VIOBA tersebut telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan KISAS.

Gol penyamaan VIOBA pula dihasilkan dari sepakan percuma dalam kotak penalti KISAS. Penjaga gol KISAS dipersalahkan kerana menangkap bola hasil hantaran ke belakang oleh pemain pertahanannya.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan jaringan 2 – 2.

Dalam separuh masa kedua, KISAS mendahului sekali lagi dengan jaringan di awal permainan. VIOBA kemudian membalas dengan menjaringkan 3 gol untuk mendahului dengan jaringan 3 – 5. KISAS hanya berhasil untuk merapatkan kedudukan di minit minit akhir perlawanan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan KISAS 4 – 5 VIOBA.

Gol gol KISAS dijaringkan oleh:

  • Endra Shahmeez 2x
  • Amirullah Sahidin
  • Iddin Bakri

Gol gol VIOBA pula dijaringkan oleh:

  • Khairi Zainuddin
  • Zaihim Zainal 2x
  • Ikhwan Firdaus
  • Yusuf Azmi

Pengadil melayangkan kad kuning kepada 5 orang pemain:

  • Amirullah Sahidin (KISAS)
  • Syafiq Zahari (KISAS)
  • Ikhwan Firdaus (VIOBA)
  • Yusuf Azmi (VIOBA)
  • Azizu Azwan (VIOBA)

Apa kata pengurusan KISAS?

ALKVIK Temubual Pengurusan KISAS 2019 M2

Apa kata pengurusan VIOBA?

ALKVIK Temubual Pengurusan VIOBA 2019 M2

Saksikan rakaman liputan langsung perlawanan KISAS lwn VIOBA.

AdiLiga KUAALK IDHAND Results

10 Gol Di Hari Pertama AdiLiga Alumni Dan Jaringan Terpantas Musim Ini

Sepak mula hari pertama Kejohanan Sulong AdiLiga Alumni menyaksikan 10 gol dihasilkan dalam dua perlawanan pertama semalam. Musim pertama AdiLiga Alumni bermula dengan 2 perlawanan – Ansara Kuantan lwn KISAS dan Ideal Heights lwn Andersonian. Perlawanan dilangsungkan di padang Rhino KV Arena, Shah Alam.

Berikut adalah kupasan ringkas kedua dua perlawanan semalam.

Ansara Kuantan lwn KISAS

Ansara Kuantan Lwn KISAS 2019

Ansara Kuantan (Kuatagh) memulakan persaingan AdiLiga dengan cemerlang apabila berjaya menjaringkan enam (6) gol untuk mengatasi KISAS dengan keputusan 6 – 0.

Kuatagh menunjukkan ketajaman mereka di depan gol dalam separuh masa kedua. Lima (5) gol mereka itu telah dijaringkan dalam separuh masa kedua.

Pemain berjersi No. 19 pasukan KISAS, Hanif,  menjadi pemain pertama menjaringkan gol sendiri dalam kejohanan.

Senarai penjaring gol Kuatagh adalah:

  • Zakwan (No. 10)
  • Alif Haikal (No. 11)
  • Amin Syazwan (No. 26) – 2 gol
  • Hanif (No. 19) – gol sendiri
  • Amin Sulaiman (No. 9)

Perlawanan juga menyaksikan 4 kad kuning dilayangkan kepada:

  • Azzarul Afzan (No. 21) – Kuatagh
  • Amin Sulaiman (No. 9) – Kuatagh
  • Danish Aiman (No. 6) – Kuatagh
  • Abdul Aziz (No. 4) – KISAS

Ideal Heights lwn Andersonian

Ideal Heights LWN Andersonian 2019

Perlawanan antara Ideal Heights dan Andersonian mencatatkan sejarah buat kejohanan sulong AdiLiga Alumni ini. Pemain Ideal Heights, Khairul Naim (No. 6) mencipta sejarah sebagai penjaring terpantas kejohanan apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama Ideal Heights selepas hanya 16 saat perlawanan dimulakan.

Jaringan itu terhasil apabila bek kiri Andersonian tergelincir ketika menerima hantaran ke belakang dari rakan sepasukan. Khairul Naim yang sedang membuat tekanan, berjaya menterjemahkan peluang tersebut sebaiknya dengan menghasilkan gol terpantas AdiLiga Alumni setakat ini.

Selepas kesilapan awal tersebut, pasukan Andersonian telah bangkit dan mengawal perlawanan dengan lebih baik. Andersonian seterusnya menjaringkan 3 gol untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertama mereka. Kesemua gol terhasil dalam separuh masa pertama.

Senarai penjaring gol untuk Ideal Heights:

  • Khairul Naim (No. 6)

Senarai penjaring gol untuk Andersonian:

  • Syauqi Danial (No. 4)
  • Syakir Aiman (No. 16)
  • Hafizuddin (No. 10)

Hanya satu (1) kad kuning dikeluarkan oleh pengadil perlawanan, iaitu kepada:

  • Haikal (No. 5) – Andersonian

Perlawanan Ideal Heights dengan Andersonian ini mendapat liputan langsung yang ditaja oleh GreenFinder Sdn Bhd. Anda boleh saksikan rakaman perlawanan di halaman perlawanan tersebut di SINI.