Tag: vioba

AdiLiga Alumni 2019 M3D1

Ansara KB dan Andersonian Unggul Di Persada AdiLiga Alumni

Dua perlawanan menarik AdiLiga Alumni 2019 berlangsung semalam. SJAA menerima kunjungan Andersonian, manakala VIOBA menjadi hos kepada Ansara KB. SJAA memburu mata pertama, manakala Andersonian ingin meneruskan langkah cemerlang mereka yang masih belum kalah. Begitu juga dengan VIOBA dan Ansara KB.

SJAA lwn Andersonian

SJAA turun dengan tekad untuk mendapatkan mata pertama mereka dalam persaingan AdiLiga Alumni 2019. Namun, mereka berhadapan dengan Andersonian yang masih belum kalah lagi.

Pasukan Andersonian menjaringkan gol pertama mereka dalam minit ke-7. Selepas gol awal tersebut, SJAA berjaya mengimbangi perlawanan dan tiada jaringan lagi dijaringkan sehinggalah wisel separuh masa ditiupkan.

Separuh masa kedua, Anderson membolosi gawang SJAA sebanyak dua kali lagi untuk pulang selesa dengan 3 mata penuh.

Gol Andersonian dijaringkan oleh:

Dua Kad Kuning telah dilayangkan oleh pengadil:

  • P. Ramanan (SJAA)
  • Zharif Amry (SJAA)

Apa kata pengurusan SJAA?

SJAAND Temubual Pengurusan SJAA 2019 M3

Apa kata pengurusan Andersonian?

SJAAND Temubual Pengurusan Andersonian 2019 M3

VIOBA lwn Ansara KB

VIOBA turun dengan semangat juang tinggi selepas mengharungi perlawanan yang getir minggu lepas. Namun, lawan mereka kali ini bukan calang calang pasukan. Ansara KB berjaya menundukkan lawan mereka dalam dua perlawanan sebelum ini. Mereka juga telah menjaringkan 3 gol dalam setiap perlawanan setakat ini.

Ansara KB memastikan mereka di hadapan dengan menjaringkan 2 gol dalam separuh masa pertama. Kedua dua gol terhasil dari sepakan percuma.

Gol pertama Ansara KB dijaringkan, pada minit ke-4, dari sepakan percuma dari 30 meter diluar kotak penalti. Sepakan padu Muhammad Nurul Iman ditepis ke dalam gol sendiri oleh penjaga gol VIOBA.

Sepuluh minit kemudian, Ansara KB mendapat satu lagi sepakan percuma. Muhammad Erwan, melompat tinggi dan menanduk hantaran dari sepakan percuma tersebut ke dalam gawang VIOBA untuk gol kedua Ansara KB.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan VIOBA 0 – 2 Ansara KB

Dalam separuh masa kedua, Ansara KB meneruskan rentak permainan mereka dan berjaya membolosi gawang VIOBA sebanyak empat kali lagi.

Go gol Ansara KB telah dijaringkan:

Dua Kad Kuning telah dilayangkan kepada:

  • Wan Khairul Ardrin (VIOBA)
  • Faez Zainal (VIOBA)

Tiga mata penuh untuk Ansara KB meletakkan mereka di persada AdiLiga Alumni 2019 dengan 9 mata dan kelebihan jaringan ke atas Andersonian.

Apa kata pengurusan VIOBA?

VIKAKB Temubual Pengurusan VIOBA 2019 M3

Apa kata pengurusan Ansara KB?

VIKAKB Temubual Pengurusan Ansara KB 2019 M3

Saksikan rakaman liputan langsung perlawanan VIOBA lwn Ansara KB ini di SINI

AdiLiga Alumni 2019 M2D1 ALKVIK KISAS Lwn VIOBA

Pesta Gol Di Hari Pertama Minggu Ke Dua AdiLiga Alumni 2019

AdiLiga Alumni 2019 memulakan minggu ke dua dengan pesta gol. 17 gol berjaya dijaringkan dalam 2 perlawanan semalam. Dua perlawanan telah dilangsungkan – Ideal Heights lwn STAROBA dan KISAS lwn VIOBA.

Ideal Heights lwn STAROBA

Setelah gagal mengutip sebarang mata minggu lepas, Ideal Heights memulakan perlawanan dengan tekad untuk membawa pulang sekurang kurangnya satu mata. Mereka hanya berjaya mengikat STAROBA (2 -2) sehingga hujung separauh masa pertama sahaja.

STAROBA bertindak garang dalam separuh masa kedua. 4 gol tambahan dijaringkan untuk mereka membawa pulang 3 mata.

Gol Ideal Heights dijaringkan oleh:

  • Amirul Adli
  • Fadhly Fitri

Gol STAROBA dijaringkan oleh:

  • Nazrin Nawawi
  • Firdaus Azman 2x
  • Razif Hafizi 2x
  • Emir Hissham

Kemenangan kedua STAROBA ini, meletakkan mereka di tangga teratas liga dengan 6 mata.

Apa kata pengurusan Ideal Heights?

IDHSTR Temubual Pengurusan Ideal Heights 2019 M2

Apa kata pengurusan STAROBA?

IDHSTR Temubual Pengurusan STAROBA 2019 M2

KISAS Lwn VIOBA

Setelah dibolosi sebanyak 6 kali minggu lepas, minggu ini KISAS melepaskan 5 gol lagi. Namun, dari sudut positif, mereka juga berjaya menjaringkan 4 gol kali ini. Perlawanan KISAS lwn VIOBA ini cukup sengit. Kedua dua pasukan berbalas serangan dan menghasilkan sejumlah 9 gol.

KISAS bermula cemerlang dengan 2 jaringan di minit ke 17 dan 21.

VIOBA dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke 27. Penjaga gawang KISAS melakukan kesilapan apabila melorongkan bola terus kepada pemain VIOBA di luar kotak penalti KISAS.  Seterusnya, penyerang VIOBA tersebut telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan KISAS.

Gol penyamaan VIOBA pula dihasilkan dari sepakan percuma dalam kotak penalti KISAS. Penjaga gol KISAS dipersalahkan kerana menangkap bola hasil hantaran ke belakang oleh pemain pertahanannya.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan jaringan 2 – 2.

Dalam separuh masa kedua, KISAS mendahului sekali lagi dengan jaringan di awal permainan. VIOBA kemudian membalas dengan menjaringkan 3 gol untuk mendahului dengan jaringan 3 – 5. KISAS hanya berhasil untuk merapatkan kedudukan di minit minit akhir perlawanan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan KISAS 4 – 5 VIOBA.

Gol gol KISAS dijaringkan oleh:

  • Endra Shahmeez 2x
  • Amirullah Sahidin
  • Iddin Bakri

Gol gol VIOBA pula dijaringkan oleh:

  • Khairi Zainuddin
  • Zaihim Zainal 2x
  • Ikhwan Firdaus
  • Yusuf Azmi

Pengadil melayangkan kad kuning kepada 5 orang pemain:

  • Amirullah Sahidin (KISAS)
  • Syafiq Zahari (KISAS)
  • Ikhwan Firdaus (VIOBA)
  • Yusuf Azmi (VIOBA)
  • Azizu Azwan (VIOBA)

Apa kata pengurusan KISAS?

ALKVIK Temubual Pengurusan KISAS 2019 M2

Apa kata pengurusan VIOBA?

ALKVIK Temubual Pengurusan VIOBA 2019 M2

Saksikan rakaman liputan langsung perlawanan KISAS lwn VIOBA.