Tag: ansara kb

AdiLiga Alumni 2019 M3D1

Ansara KB dan Andersonian Unggul Di Persada AdiLiga Alumni

Dua perlawanan menarik AdiLiga Alumni 2019 berlangsung semalam. SJAA menerima kunjungan Andersonian, manakala VIOBA menjadi hos kepada Ansara KB. SJAA memburu mata pertama, manakala Andersonian ingin meneruskan langkah cemerlang mereka yang masih belum kalah. Begitu juga dengan VIOBA dan Ansara KB.

SJAA lwn Andersonian

SJAA turun dengan tekad untuk mendapatkan mata pertama mereka dalam persaingan AdiLiga Alumni 2019. Namun, mereka berhadapan dengan Andersonian yang masih belum kalah lagi.

Pasukan Andersonian menjaringkan gol pertama mereka dalam minit ke-7. Selepas gol awal tersebut, SJAA berjaya mengimbangi perlawanan dan tiada jaringan lagi dijaringkan sehinggalah wisel separuh masa ditiupkan.

Separuh masa kedua, Anderson membolosi gawang SJAA sebanyak dua kali lagi untuk pulang selesa dengan 3 mata penuh.

Gol Andersonian dijaringkan oleh:

Dua Kad Kuning telah dilayangkan oleh pengadil:

  • P. Ramanan (SJAA)
  • Zharif Amry (SJAA)

Apa kata pengurusan SJAA?

SJAAND Temubual Pengurusan SJAA 2019 M3

Apa kata pengurusan Andersonian?

SJAAND Temubual Pengurusan Andersonian 2019 M3

VIOBA lwn Ansara KB

VIOBA turun dengan semangat juang tinggi selepas mengharungi perlawanan yang getir minggu lepas. Namun, lawan mereka kali ini bukan calang calang pasukan. Ansara KB berjaya menundukkan lawan mereka dalam dua perlawanan sebelum ini. Mereka juga telah menjaringkan 3 gol dalam setiap perlawanan setakat ini.

Ansara KB memastikan mereka di hadapan dengan menjaringkan 2 gol dalam separuh masa pertama. Kedua dua gol terhasil dari sepakan percuma.

Gol pertama Ansara KB dijaringkan, pada minit ke-4, dari sepakan percuma dari 30 meter diluar kotak penalti. Sepakan padu Muhammad Nurul Iman ditepis ke dalam gol sendiri oleh penjaga gol VIOBA.

Sepuluh minit kemudian, Ansara KB mendapat satu lagi sepakan percuma. Muhammad Erwan, melompat tinggi dan menanduk hantaran dari sepakan percuma tersebut ke dalam gawang VIOBA untuk gol kedua Ansara KB.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan VIOBA 0 – 2 Ansara KB

Dalam separuh masa kedua, Ansara KB meneruskan rentak permainan mereka dan berjaya membolosi gawang VIOBA sebanyak empat kali lagi.

Go gol Ansara KB telah dijaringkan:

Dua Kad Kuning telah dilayangkan kepada:

  • Wan Khairul Ardrin (VIOBA)
  • Faez Zainal (VIOBA)

Tiga mata penuh untuk Ansara KB meletakkan mereka di persada AdiLiga Alumni 2019 dengan 9 mata dan kelebihan jaringan ke atas Andersonian.

Apa kata pengurusan VIOBA?

VIKAKB Temubual Pengurusan VIOBA 2019 M3

Apa kata pengurusan Ansara KB?

VIKAKB Temubual Pengurusan Ansara KB 2019 M3

Saksikan rakaman liputan langsung perlawanan VIOBA lwn Ansara KB ini di SINI

AdiLiga Alumni 2019 M2D1 AKBSJA Ansara KB Lwn SJAA

2 Kad Merah Dalam Perlawanan Pilihan AdiLiga Alumni 2019 Minggu Ini

Dua perlawanan berlangsung semalam, melengkapkan jadual minggu ke-2 AdiLiga Alumni 2019. Ansara KB turun sebagai tuan rumah melayan kunjungan dari SJAA di padang Rhino KV Arena A. Sementara itu, IKMAL pula berhadapan dengan pelawat dari Andersonian di padang Rhino KV Arena B.

Selepas berpesta dengan 17 gol pada hari Sabtu, jumlah jaringan agak terbatas kali ini.

IKMAL Lwn Andersonian (#MALAND)

Setelah gagal mendapatkan sebarang mata dalam perlawanan pertama, IKMAL turun minggu ini dengan tujuan mendapatkan mata penuh ke atas Andersonian. IKMAL bermula dengan baik namun, mereka hilang corak permainan selepas 20 minit.

Andersonian menggunakan peluang sepenuhnya dalam separuh masa pertama untuk mendahului dengan 2 jaringan.

Separuh masa ke-2 menyaksikan IKMAL mempersembahkan corak permainan yang lebih baik. Namun, kedua dua pasukan tidak berjaya untuk mencipta sebarang jaringan.

Perlawanan berakhir dengan Andersonian mengutip 3 mata penuh hasil jaringan di separuh masa pertama.

IKMAL 0 – 2 Andersonian.

Gol Andersonian dijaringkan oleh:

Hanya satu kad kuning sahaja dilayangkan oleh pengadil:

Apa kata pihak pengurusan IKMAL?

MALAND Temubual Pengurusan IKMAL 2019 M2

Apa kata pihak pengurusan Andersonian?

MALAND Temubual Pengurusan Andersonian 2019 M2

Ansara KB Lwn SJAA

Ansara KB (AKB) mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengutip 3 mata penuh setelah ketinggalan 0 – 2. Perlawanan pilihan ke-2 minggu ini, Ansara KB lwn SJAA.

SJAA bermula dengan cemerlang dan berjaya menjaringkan 2 gol awal.

Gol pertama SJAA dihasilkan seawal minit ke-6 apabila penyerang mereka, Muhammad Eldrin, berjaya mengambil peluang pertembungan penjaga gol AKB dengan pemain pertahanan mereka untuk menyelitkan bola ke gawang gol yang terbuka.

SJAA kemudian dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-23 apabila Muhammad Elderin dikasari di penjuru kiri kotak penalti AKB. Sepakan penalti disempurnakan oleh ketua pasukan SJAA sendiri, Muhammad Muhaimi, yang melorongkan bola ke penjuru kanan gol AKB.

AKB mula bangkit selepas ketinggalan dua gol. Mereka hampir berjaya menjaringkan gol pertama apabila pemain tengah, Muhammad Shahrul, berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid untuk berhadapan dengan penjaga gol SJAA, Muhamad Arif. Namun, Muhamad Ariff bertindak cemerlang untuk menghalang jaringan.

AKB berjaya merapatkan kedudukan apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-32. Penjaga gol SJAA dipersalahkan kerana melakukan terjahan keras ke atas Muhamad Shahrul di dalam kotak penalti. Terjahan tersebut menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada Muhamad Arif.

Sepakan penalti AKB disempurnakan oleh pemain pertahanan AKB, Wan Fakhru Nizam, dengan rembatan tinggi ke bahagian tengah gol.

Separuh masa pertama perlawanan berkesudahan dengan AKB 1 – 2 SJA.

AKB turun semula dalam separuh masa kedua dengan lebih komited. Mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas 5 minit permainan dimulakan semula.

Penyerang AKB sekali lagi berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid SJAA. Pemain tengah AKB, Muhamad Shahrul dengan mudah melorongkan bola ke gawang SJAA yang tidak dijaga.

Muhamad Shahrul sekali lagi menjadi duri kepada SJAA pada minit ke-60. Beliau telah dijatuhkan di dalam kotak penalti dan pengadil menghadiahkan AKB sepakan penalti.

Wan Fakhru Nizam sekali lagi tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti untuk AKB. Kali ini dengan rembatan rendah ke tengah gol.

Cabaran menjadi lebih getir untuk SJAA apabila terpaksa bermain dengan 9 orang. Pemain tengah mereka, Muhammad Rafaeil, dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-68 atas kekasaran yang beliau lakukan.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan AKB 3 – 2 SJA.

Gol Ansara KB dijaringkan oleh:

Gol SJAA dijaringkan oleh:

Pengadil melayangkan 3 kad kuning dan 1 kad merah kepada:

Apa kata pengurusan Ansara KB?

AKBSJA Temubual Pengurusan Ansara KB 2019 M2

Apa kata pengurusan SJAA?

AKBSJA Temubual Pengurusan SJAA 2019 M2
STRSJA Gol Pertama SJAA

Pertembungan Sengit Dua Seteru Lama Melengkapkan Minggu Pertama AdiLiga Alumni

Dua lagi perlawanan AdiLiga Alumni telah berlangsung semalam di Rhino KV Arena, Shah Alam. Ansara KB telah bertemu IKMAL, manakala STAROBA berhadapan dengan SJAA. Kedua dua perlawanan semalam menyaksikan jumlah jaringan yang baik, dengan 9 gol.

Ansara KB Lwn IKMAL

Ansara KB menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama. Ketiga tiga gol mereka dijaringkan dalam 35 minit pertama perlawanan oleh:

  • Erwan Berhan (No. 7) – 2 gol
  • Farhanuzi Che Sanuzi (No. 8)

IKMAL kembali lebih bertenaga dalam separuh masa kedua. Namun mereka hanya berjaya mendapatkan satu gol hasil jaringan:

  • Adam Haikal (No. 32)

Pengadil telah melayangkan kad kuning kepada 4 orang pemain, 3 dari Ansara KB, 1 IKMAL.

  • Danial Adam (No. 3) – Ansara KB
  • Aminuddin (No. 14) – Ansara KB
  • Azim Mirza (No. 12) – Ansara KB
  • Adib Rhaais (No. 4) – IKMAL

Apa kata pengurus pasukan Ansara KB?

AKBMAL Temubual Pengurusan Ansara KB

Apa kata pengurus pasukan IKMAL?

AKBMAL Temubual Pengurusan IKMAL

STAROBA Lwn SJAA

Sejarah Liga Alumni menunjukkan perlawanan antara STAROBA dan SJAA memang sentiasa sengit. Perlawanan semalam meneruskan tradisi tersebut. Kedua dua pasukan bersemangat untuk memenangi perlawanan.

STAROBA menjaringkan gol awal sebelum SJAA menyamakan kedudukan dan kemudian mendahului 2 – 1 dalam separuh masa pertama.

STAROBA kemudian berjaya menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua dan merobek semangat SJAA di penghujung perlawanan dengan jaringan kemenangan di minit ke-69.

Gol STAROBA telah dijaringkan oleh:

  • Emir Hissham (No. 19)
  • Firdaus Azman (No. 18) – 2 gol

Gol SJAA telah dijaringkan oleh:

  • Nizam Abu Bakar (No. 9)
  • Muhaimi Asli (No. 10)

Dua kad kuning telah dilayangkan oleh pengadil kepada:

  • Azmer Shahrum (No. 4) – STAROBA
  • Ariff Hamzah (No. 1) – SJAA

Apa kata Pengurusan STAROBA?

STRSJA Temubual Pengurusan STAROBA

Apa kata Pengurusan SJAA?

STRSJA Temubual Pengurusan SJAA

Saksikan rakaman liputan langsung perlawanan STAROBA lwn SJAA ini di SINI.