Tag: and

AdiLiga Alumni 2019 M2D1 AKBSJA Ansara KB Lwn SJAA

2 Kad Merah Dalam Perlawanan Pilihan AdiLiga Alumni 2019 Minggu Ini

Dua perlawanan berlangsung semalam, melengkapkan jadual minggu ke-2 AdiLiga Alumni 2019. Ansara KB turun sebagai tuan rumah melayan kunjungan dari SJAA di padang Rhino KV Arena A. Sementara itu, IKMAL pula berhadapan dengan pelawat dari Andersonian di padang Rhino KV Arena B.

Selepas berpesta dengan 17 gol pada hari Sabtu, jumlah jaringan agak terbatas kali ini.

IKMAL Lwn Andersonian (#MALAND)

Setelah gagal mendapatkan sebarang mata dalam perlawanan pertama, IKMAL turun minggu ini dengan tujuan mendapatkan mata penuh ke atas Andersonian. IKMAL bermula dengan baik namun, mereka hilang corak permainan selepas 20 minit.

Andersonian menggunakan peluang sepenuhnya dalam separuh masa pertama untuk mendahului dengan 2 jaringan.

Separuh masa ke-2 menyaksikan IKMAL mempersembahkan corak permainan yang lebih baik. Namun, kedua dua pasukan tidak berjaya untuk mencipta sebarang jaringan.

Perlawanan berakhir dengan Andersonian mengutip 3 mata penuh hasil jaringan di separuh masa pertama.

IKMAL 0 – 2 Andersonian.

Gol Andersonian dijaringkan oleh:

Hanya satu kad kuning sahaja dilayangkan oleh pengadil:

Apa kata pihak pengurusan IKMAL?

MALAND Temubual Pengurusan IKMAL 2019 M2

Apa kata pihak pengurusan Andersonian?

MALAND Temubual Pengurusan Andersonian 2019 M2

Ansara KB Lwn SJAA

Ansara KB (AKB) mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengutip 3 mata penuh setelah ketinggalan 0 – 2. Perlawanan pilihan ke-2 minggu ini, Ansara KB lwn SJAA.

SJAA bermula dengan cemerlang dan berjaya menjaringkan 2 gol awal.

Gol pertama SJAA dihasilkan seawal minit ke-6 apabila penyerang mereka, Muhammad Eldrin, berjaya mengambil peluang pertembungan penjaga gol AKB dengan pemain pertahanan mereka untuk menyelitkan bola ke gawang gol yang terbuka.

SJAA kemudian dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-23 apabila Muhammad Elderin dikasari di penjuru kiri kotak penalti AKB. Sepakan penalti disempurnakan oleh ketua pasukan SJAA sendiri, Muhammad Muhaimi, yang melorongkan bola ke penjuru kanan gol AKB.

AKB mula bangkit selepas ketinggalan dua gol. Mereka hampir berjaya menjaringkan gol pertama apabila pemain tengah, Muhammad Shahrul, berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid untuk berhadapan dengan penjaga gol SJAA, Muhamad Arif. Namun, Muhamad Ariff bertindak cemerlang untuk menghalang jaringan.

AKB berjaya merapatkan kedudukan apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-32. Penjaga gol SJAA dipersalahkan kerana melakukan terjahan keras ke atas Muhamad Shahrul di dalam kotak penalti. Terjahan tersebut menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada Muhamad Arif.

Sepakan penalti AKB disempurnakan oleh pemain pertahanan AKB, Wan Fakhru Nizam, dengan rembatan tinggi ke bahagian tengah gol.

Separuh masa pertama perlawanan berkesudahan dengan AKB 1 – 2 SJA.

AKB turun semula dalam separuh masa kedua dengan lebih komited. Mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas 5 minit permainan dimulakan semula.

Penyerang AKB sekali lagi berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid SJAA. Pemain tengah AKB, Muhamad Shahrul dengan mudah melorongkan bola ke gawang SJAA yang tidak dijaga.

Muhamad Shahrul sekali lagi menjadi duri kepada SJAA pada minit ke-60. Beliau telah dijatuhkan di dalam kotak penalti dan pengadil menghadiahkan AKB sepakan penalti.

Wan Fakhru Nizam sekali lagi tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti untuk AKB. Kali ini dengan rembatan rendah ke tengah gol.

Cabaran menjadi lebih getir untuk SJAA apabila terpaksa bermain dengan 9 orang. Pemain tengah mereka, Muhammad Rafaeil, dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-68 atas kekasaran yang beliau lakukan.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan AKB 3 – 2 SJA.

Gol Ansara KB dijaringkan oleh:

Gol SJAA dijaringkan oleh:

Pengadil melayangkan 3 kad kuning dan 1 kad merah kepada:

Apa kata pengurusan Ansara KB?

AKBSJA Temubual Pengurusan Ansara KB 2019 M2

Apa kata pengurusan SJAA?

AKBSJA Temubual Pengurusan SJAA 2019 M2