AdiLiga Alumni 2019 M2D1 ALKVIK KISAS Lwn VIOBA

Pesta Gol Di Hari Pertama Minggu Ke Dua AdiLiga Alumni 2019

AdiLiga Alumni 2019 memulakan minggu ke dua dengan pesta gol. 17 gol berjaya dijaringkan dalam 2 perlawanan semalam. Dua perlawanan telah dilangsungkan – Ideal Heights lwn STAROBA dan KISAS lwn VIOBA.

Ideal Heights lwn STAROBA

Setelah gagal mengutip sebarang mata minggu lepas, Ideal Heights memulakan perlawanan dengan tekad untuk membawa pulang sekurang kurangnya satu mata. Mereka hanya berjaya mengikat STAROBA (2 -2) sehingga hujung separauh masa pertama sahaja.

STAROBA bertindak garang dalam separuh masa kedua. 4 gol tambahan dijaringkan untuk mereka membawa pulang 3 mata.

Gol Ideal Heights dijaringkan oleh:

  • Amirul Adli
  • Fadhly Fitri

Gol STAROBA dijaringkan oleh:

  • Nazrin Nawawi
  • Firdaus Azman 2x
  • Razif Hafizi 2x
  • Emir Hissham

Kemenangan kedua STAROBA ini, meletakkan mereka di tangga teratas liga dengan 6 mata.

Apa kata pengurusan Ideal Heights?

IDHSTR Temubual Pengurusan Ideal Heights 2019 M2

Apa kata pengurusan STAROBA?

IDHSTR Temubual Pengurusan STAROBA 2019 M2

KISAS Lwn VIOBA

Setelah dibolosi sebanyak 6 kali minggu lepas, minggu ini KISAS melepaskan 5 gol lagi. Namun, dari sudut positif, mereka juga berjaya menjaringkan 4 gol kali ini. Perlawanan KISAS lwn VIOBA ini cukup sengit. Kedua dua pasukan berbalas serangan dan menghasilkan sejumlah 9 gol.

KISAS bermula cemerlang dengan 2 jaringan di minit ke 17 dan 21.

VIOBA dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke 27. Penjaga gawang KISAS melakukan kesilapan apabila melorongkan bola terus kepada pemain VIOBA di luar kotak penalti KISAS.  Seterusnya, penyerang VIOBA tersebut telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan KISAS.

Gol penyamaan VIOBA pula dihasilkan dari sepakan percuma dalam kotak penalti KISAS. Penjaga gol KISAS dipersalahkan kerana menangkap bola hasil hantaran ke belakang oleh pemain pertahanannya.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan jaringan 2 – 2.

Dalam separuh masa kedua, KISAS mendahului sekali lagi dengan jaringan di awal permainan. VIOBA kemudian membalas dengan menjaringkan 3 gol untuk mendahului dengan jaringan 3 – 5. KISAS hanya berhasil untuk merapatkan kedudukan di minit minit akhir perlawanan.

Perlawanan berakhir dengan keputusan KISAS 4 – 5 VIOBA.

Gol gol KISAS dijaringkan oleh:

  • Endra Shahmeez 2x
  • Amirullah Sahidin
  • Iddin Bakri

Gol gol VIOBA pula dijaringkan oleh:

  • Khairi Zainuddin
  • Zaihim Zainal 2x
  • Ikhwan Firdaus
  • Yusuf Azmi

Pengadil melayangkan kad kuning kepada 5 orang pemain:

  • Amirullah Sahidin (KISAS)
  • Syafiq Zahari (KISAS)
  • Ikhwan Firdaus (VIOBA)
  • Yusuf Azmi (VIOBA)
  • Azizu Azwan (VIOBA)

Apa kata pengurusan KISAS?

ALKVIK Temubual Pengurusan KISAS 2019 M2

Apa kata pengurusan VIOBA?

ALKVIK Temubual Pengurusan VIOBA 2019 M2

Saksikan rakaman liputan langsung perlawanan KISAS lwn VIOBA.